Saturday 12 April 2014

MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN SRI KOTA

1hb. Januari, 2014 - HARI BERSEJARAH bagi BUKIT KOTA kerana pada tarikh ini - sebuah PUSAT TAHFIZ AL-QURAN telah dapat ditubuhkan bagi meningkatkan keupayaan PENGAJIAN AL-QURAN yang sedang berjalan sebelum ini.

Informasi lanjut mengenai (1) PROGRAM PENGAJIAN, (2) PENDAFTARAN PELAJAR dan (2) KEAHLIAN di institusi pengajian ini - sila berhubung dengan PENGERUSI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN SRI KOTA - USTAZ BURHAN BIN MOHD SHARIF di talian HP : 017-975 9257/010-575 8222.

Anda boleh juga mengunjungi Blog : maadtahfizsrikota.blogspot.com untuk mengetahui lebih dekat mengenai perkembangan pusat pengajian ini.

WASSALAM.

Thursday 10 April 2014

VILLA MAHARAJA PERBA (1914-2014) - 100 TAHUN



VILLA MAHARAJA PERBA - BUKIT KOTA 29/09/2013

KUALA LIPIS (PAHANG) - Salah satu destinasi yang boleh anda akses jika berkunjung ke BUKIT KOTA ialah VILLA MAHARAJA PERBA - BUKIT KOTA.
VILA ini merupakan BEKAS KEDIAMAN ELIT TRADISIONAL MELAYU yang pernah memerintah dan mentadbir Ulu Pahang.

VILLA MAHARAJA PERBA seperti dalam foto ini dipercayai dibina sewaktu DATO' (ENGKU) WAN MUHAMMAD BIN WAN IDRIS (OKIMPJ KE-6) masih hidup. Sebaik sahaja TOK RAJA WAN MUHAMMAD kembali ke rahmatullah dalam tahun 1919M, VILLA MAHARAJA PERBA ini diwarisi oleh puteranya DATO' (ENGKU) WAN CHIK BIN WAN MUHAMMAD (1919M).

Meskipun villa ini belum dapat dipastikan usianya buat masa ini, tetapi tidak diragui bahawa villa ini dianggar berusia sekitar 100 tahun (1914-2014).

Sehubungan itu, penyelidikan setakat ini amat kuat menunjukkan bahawa bermula dari (1) SRI MAHARAJA PERBA@MAHARAJA PERBA III, (ENGKU) WAN ISMAIL@WAN SARAH, (2) SRI MAHARAJA PERBA@MAHARAJA PERBA IV, (ENGKU) WAN MUHAMMAD BIN WAN ISMAIL, (3) DATO' ORANG KAYA INDERA MAHARAJA PERBA JELAI (ENGKU) WAN IDRIS BIN WAN MUHAMMAD, dan (4) DATO' ORANG KAYA INDERA MAHARAJA PERBA JELAI (ENGKU) WAN MUHAMMAD BIN WAN IDRIS telah mendirikan kediaman di tapak villa ini - Wallahualam.

WASSALAM

Tuesday 8 April 2014

PROJEK GOTONG-ROYONG SIRI 1 MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKITAR BEKAS KEDIAMAN DATO' MAHARAJA PERBA JELAI WAN ALI DATO' MPJ WAN CHIK

BUKIT KOTA, 29 SEPT. 2013 -  PROJEK GOTONG-ROYONG SIRI 1 anjuran bersama PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA KAWASAN LIPIS-JKKK BUKIT KOTA telah diadakan bagi membersihkan dan memulihkan kawasan sekitar BEKAS KEDIAMAN DATO' MAHARAJA PERBA JELAI WAN ALI BIN DATO' MPJ WAN CHIK (1935-1957)

Projek gotong-royong yang dihadiri bersama AHLI JKKK BUKIT KOTA dan WARIS DATO' MAHARAJA PERBA JELAI WAN ALI DATO' MPJ WAN CHIK , serta AJK PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA KAWASAN LIPIS telah berlangsung mulai jam 10.00 pagi-11.30 pagi.

                                                    FOTO 1
                                                                                              

f
                                               FOTO 2
                                                                                
FOTO 1   :  Diambil pada 12/07/2013 - sebelum gotong-royong
FOTO 2   :  Diambil pada 29/09/2013 - selepas gotong-royong siri 1

Turut serta dalam GOTONG-ROYONG ini ialah PN. WAN JASMA DATO' WAN BADIUZZAMAN (PEWARIS BEKAS KEDIAMAN) bersama keluarga terdekat. Projek rintis ini diakhiri dengan JAMUAN MAKAN TENGAH HARI di MASJID MAKAM BUKIT KOTA. 

Dari Kiri :
(1) Pn. Wan Jasma Dato' Wan Badiuzzaman, (2) Adinda Kepada Pn. Wan Jasma (3) En. Zakaria Md Dom (Suami Pn. Jasma)_, (4) En. Wan Mohamad bin Wan Mansor, (5) Dato' Setia Muda Pahang Wan Jasmi Dato' OKIMPJ Wan Badiuzzaman (5) Drs.Wan Aminuddin bin Wan Ab Hamid (Pengerusi Peratuan Sejarah Malaysia Kawasan Lipis). 

FOTO 3 :
Diambil pada 29/09/2013 - selepas gotong-royong siri 1



PROJEK GOTONG-ROYONG ini adalah atas inisiatif EN. HAMZAH BIN HUSIN (TOK 4 BUKIT KOTA) yang mahu melihat agar BEKAS KEDIAMAN TOK RAJA yang telah ditinggalkan ini dapat dipulihara, dan dimanfaatkan bagi tujuan PELANCONGAN SEJARAH.

"Saya rasa amat elok jika Bekas Kediaman Tok Raja ini kita pulihara, perbaiki mana yang patut, dan mungkin boleh kita buat sesuatu bagi kegunaan komuniti, dan juga dapat dimanfaatkan untuk pelancongan sejarah dengan kebenaran pewarisnya." 

"Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Drs. Wan Aminuddin bin Wan Ab Hamid kerana mencadangkan agar villa Maharaja Perba ini dijadikan Bangunan Warisan, dan bersama-sama menzahirkan projek gotong-royong ini".


En Hamzah Hussin
 (Tok4 Bukit Kota) 

Bagi peminat sejarah atau pelajar pusat pengajian tinggi yang berhasrat untuk membuat kajian terhadap BEKAS KEDIAMAN DATO' MAHARAJA PERBA JELAI ini boleh menghubungi EN. HAMZAH BIN HUSIN (TO4 BUKIT KOTA) - HP : 019-980 2576).

Pihak Penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program bersama ini, dan insyallah projek bersiri ini akan dilanjutkan dari semasa ke semasa.   

WASSALAM

Sunday 6 April 2014

BUKIT KOTA : PUSAT PEMERINTAHAN MAHARAJA PERBA JELAI DI ULU PAHANG ZAMAN TRADISIONAL

BUKIT KOTA adalah PUSAT PEMERINTAHAN MAHARAJA PERBA JELAI  di ULU PAHANG di ZAMAN POLITIK TRADISIONAL PAHANG sehingga BRITISH mentadbir Pahang (1888M).  Kedudukan TAPAK KEDIAMAN ORANG BESAR JELAI itu di MUARA SG. TANUM amatlah strategik kerana muara ini menjadi PUSAT PUNGUTAN CUKAI bagi rakyat jelata yang hendak ke ULU JELAI, ke HILIR PAHANG, dan ke KELANTAN melalui SG. TANUM.  

Landskap kawasan KEDIAMAN MAHARAJA PERBA JELAI di muara Sg. Tanum cukup tinggi, tidak mudah dibanjiri air, malah sukar ditawan oleh musuh, dan mudah melihat kawasan sekitar yang lebih rendah.

MUARA SG. TANUM juga menjadi terminal penting MAHARAJA PERBA JELAI di mana PERAHU KAJANG MAGONG (PERAHU BESAR) milik MAHARAJA PERBA JELAI ditempatkan berfungsi sebagai kenderaan utama ketika itu. SG. JELAI dan SG PAHANG menjadi lebuhraya utama di zaman tradisional.

SG. TANUM turut menjadi penting bagi MAHARAJA PERBA JELAI kerana ia menjadi sumber rezeki yang utama.  Di Sg. Tanum inilah MAHARAJA PERBA JELAI dan PARA PENGIKUTnya mendapatkan sumber rezeki harian seperti HASIL HUTAN dan HASIL SUNGAI.  Malah ketika itu, EMAS juga amat mudah diperolehi di SG. TANUM.   

Pada zaman itu, KEDIAMAN MAHARAJA PERBA JELAI dikawal rapi oleh PARA PENGAWAL lengkap dengan pakaian dan senjata.

TIGA PUCOK MERIAM ditempatkan di hadapan KEDIAMAN MAHARAJA PERBA JELAI sebagai tanda kebesaran ORANG BESAR BEREMPAT PAHANG - ULU PAHANG itu.

Kebesaran ORANG BESAR BEREMPAT PAHANG - ULU PAHANG juga ditandai oleh BENDERA HITAM BERMOTIFKAN BURUNG MERPATI.


                                FOTO 3

WASSALAM                                             

Friday 4 April 2014

TAPAK BEKAS KEDIAMAN MAHARAJA PERBA JELAI DI BUKIT KOTA

FOTO 4 :
TAPAK BEKAS KEDIAMAN MAHARAJA PERBA JELAI
(BEKAS KEDIAMAN MAHARAJA PERBA JELAI DATO' WAN ALI BIN DATO' WAN CHIK)


FOTO 5 :
TAPAK BEKAS KEDIAMAN DATO' MAHARAJA PERBA JELAI
(BEKAS KEDIAMAN MAHARAJA PERBA JELAI DATO' WAN ALI BIN DATO' WAN CHIK)



FOTO 6 :
TAPAK BEKAS KEDIAMAN DATO' MAHARAJA PERBA JELAI
(BEKAS KEDIAMAN MAHARAJA PERBA JELAI DATO' WAN ALI BIN DATO' WAN CHIK)

FOTO 7 :
TAPAK BEKAS KEDIAMAN DATO' MAHARAJA PERBA JELAI
(BEKAS KEDIAMAN MAHARAJA PERBA JELAI DATO' WAN ALI BIN DATO' WAN CHIK)




FOTO 8 :
TAPAK BEKAS KEDIAMAN DATO' MAHARAJA PERBA JELAI
(BEKAS KEDIAMAN MAHARAJA PERBA JELAI DATO' WAN ALI BIN DATO' WAN CHIK)


FOTO 4-8 menunjukkan BEKAS KEDIAMAN MAHARAJA PERBA JELAI DATO' WAN ALI BIN DATO' WAN CHIK dari pelbagai sudut.  

Setelah DATO' (ENGKU) WAN ALI DATO' WAN CHIK meninggal dunia (1957), bekas kediaman ini diwarisi oleh puteranya DATO' SETIA MUDA PAHANG, DATO' WAN BADIUZZAMAN BIN DATO' MPJ WAN ALI sebelum bekas kediaman ini ditinggalkan, dan tidak lagi digunakan.  

Penelitian sejarah yang ada sekarang kuat mengatakan bahawa ditapak kediaman inilah juga SRI MAHARAJA PERBA@MAHARAJA PERBA JELAI yang terdahulu membuat kediaman.  

TAPAK BEKAS KEDIAMAN ini lebih lama usianya berbanding dengan bangunan kediaman yang silih berganti. AHLI ARKEOLOGI boleh membuat penyelidikan terhadap TAPAK BEKAS KEDIAMAN MAHARAJA PERBA ini yang diperkirakan wujud sejak abad ke-17M (1600M) lagi.  Wallahualam.

WASSALAM

Tuesday 1 April 2014

ASAL USUL MASYARAKAT MELAYU DI BUKIT KOTA SEKARANG

MASYARAKAT MELAYU di BUKIT KOTA yang ada sekarang sebahagian besarnya adalah warisan turun-temurun daripada zaman silam di samping kedatangan beberapa kelompok keluarga dari negeri-negeri lain di abad-abad kemudiannya.

Sebahagian warisan keturunan ini sukar dikesan asal-usul nenek moayang mereka kerana tiada lagi orang-orang tua yang boleh dirujuk untuk menceritakan asal usul mereka secara berkesinambungan.  Sebahagian lagi, tidak ambil kisah tentang asal-usul dan salasilah keluarga mereka.

Sebagai satu permulaan kepada pencarian asal usul keluarga yang telah "hilang" itu sedangkan warisan mereka masih hidup, dan berkembang di serata Pahang dan negeri lain di Malaysia, maka MASYARAKAT MELAYU yang ada di BUKIT KOTA sekarang dapat ditelusuri daripada beberapa JURAI KETURUNAN yang berlainan.

PERTAMA :
Warisan keturunan SRI MAHARAJA PERBA@MAHARAJA PERBA JELAI yang MEMBUKA JELAI sekitar abad ke-16M.

Nenek-moyang asal SRI MAHARAJA PERBA@MAHARAJA PERBA JELAI yang membuka Jelai (Ulu Pahang) ini dipercayai telah membuat petempatan terawal di ULU JELAI.  Petempatan terawal itu tidak diragui bertempat di sekitar KUALA SG. JELAI KECIL kerana di tempat tersebut hingga kini dapat kita saksikan "sebuah dusun durian" yang diketahui umum asalnya milik keturunan ORANG BESAR JELAI ini.

Menurut satu versi oral tempatan, disebabkan satu ketika dahulu, berlaku satu jenis penyakit yang dikenali sebagai PENYAKIT HAWAR di ULU JELAI, dan ramai penduduk di sana yang meninggal dunia, maka SRI MAHARAJA PERBA 1@MAHARAJA PERBA JELAI 1 itu bersama kaum keluarga, dan pengikut setia terpaksa menghilir SG. JELAI sehingga mereka tiba di MUARA SG. TANUM. Namun begitu, SRI MAHARAJA PERBA 1@MAHARAJA PERBA JELAI 1 tidak membuat petempatan di MUARA SG. TANUM, tetapi lebih suka membuat petempatan jauh di pertengahan SG. TANUM yang dikenali sebagai SEMPUT.  

Berdasarkan beberapa rujukan silang, diperkirakan SRI MAHARAJA PERBA 2@MAHARAJA PERBA 2 yang bernama WAN MUHAMMAD II@RAJA  MUDA itulah yang mendiami SEMPUT (1663-1688M), dan kemudian mengahwini PUTERI BUNIAN seperti yang dapat diperhatikan dalam SALASILAH MAHARAJA PERBA (W. Linehan, 1973).  Peristiwa ini dikatakan berlaku semasa, SRI MAHARAJA PERBA WAN MUHAMMAD II @RAJA MUDA, dan para pengikut berburu-buru, dan tersesat di BUKIT BERENTING (Kediaman Puteri Bunian).  Dalam mimpinya, SRI MAHARAJA PERBA WAN MUHAMMAD@RAJA MUDA perlu berkahwin dengan PUTERI BUNIAN itu jika ingin keluar dari BUKIT BERENTING. Wallahualam.

Sewaktu WAN ISMAIL@WAN SARAH diangkat sebagai SRI MAHARAJA PERBA 3 @MAHARAJA PERBA JELAI 3 (1688-1699M), petempatan di SEMPUT itu dipercayai tidak sesuai lagi dengan perkembangan semasa, lalu SRI MAHARAJA PERBA WAN ISMAIL@WAN SARAH, kaum keluarga, dan para pengikut setianya menghilir ke MUARA SG. TANUM, lalu membuat kediaman di atas sebuah kawasan berbukit yang kini dikenali sebagai BUKIT KOTA. Sejak itu, BUKIT KOTA menjadi Pusat Pemerintahan SRI MAHARAJA PERBA@MAHARAJA PERBA yang menjadi "WAKIL MUTLAK" SULTAN JOHOR-RIAU di ULU PAHANG. Ketika itu, PAHANG berada di bawah autoriti KESULTANAN JOHOR-RIAU. SRI MAHARAJA PERBA@MAHARAJA PERBA JELAI dalam period ini perlu patuh kepada SULTAN MAHMUD II@SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG (SULTAN JOHOR-RIAU X 1685-1699M) yang juga mempunyai autoriti ke atas PAHANG.  Wallahualam.

Meskipun, dari segi penyusunannnya masih dalam penelitian dan penyelidikan, tetapi setakat yang boleh direkonstruksikan, SALASILAH SRI MAHARAJA PERBA@MAHARAJA PERBA dapat disusurgalur seperti berikut :

TUN OMAR  (Bendahara Patani II)
TUN ABD SAMAD (Bendahara Patani III)
TUN@WAN MUHAMMAD I (Membuka Jelai)
TUN ABD LATIF (Sri Maharaja Perba@Maharaja Perba 1)
WAN MUHAMAD II @RAJA MUDA (Sri Maharaja Perba@Maharaja Perba 2)
WAN ISMAIL@WAN SARAH (Sri Maharaja Perba@Maharaja Perba 3)
WAN MUHAMMAD III (Seri Maharaja Perba@Maharaja Perba 4)
Dato' (Engku) WAN IDRIS (Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai 5)
Dato' (Engku) WAN MUHAMMAD IV (Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai 6)
Dato' (Engku) WAN CHIK BIN Dato' MPJ WAN MUHAMMAD (Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai 7)
Dato' (Engku) WAN TANJUNG BIN Dato' MPJ WAN MUHAMMAD(Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai 8)
Dato' (Engku) WAN ALI BIN Dato' MPJ WAN CHIK (Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai 9)
Dato' (Engku) WAN IBRAHIM BIN Dato' MPJ WAN TANJUNG (Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai 10)
Dato' (Engku) WAN BADIUZZAMAN BIN Dato' MPJ WAN ALI (Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai 11)
Dato' (Engku) WAN ABDUL RAHMAN (Orang Kaya Indera [Maharaja] Perba Jelai 12)

Sumber
SALASILAH MAHARAJA PERBA ini dipadankan dan diubahsuai drp (1) Laman Pahang, (2) A History of Pahang, (3)  Zakaria Md Dom

Kepada PENELITI SALASILAH SRI MAHARAJA PERBA@MAHARAJA PERBA JELAI - sila buat pelbagai rujukan silang, termasuk "Keluarga Utama" ORANG KAYA INDERA (MAHARAJA) PERBA JELAI yang masih ada sekarang. 

KEDUA :
Warisan keturunan PANGLIMA/BANGSAWAN dari luar yang datang ke BUKIT KOTA, dan berkahwin dengan keluarga SRI MAHARAJA PERBA@MAHARAJA PERBA JELAI.

KETIGA :
Warisan keturunan PENGIKUT SETIA SRI MAHARAJA PERBA@MAHARAJA PERBA JELAI di kalangan rakyat biasa yang terus bermastautin di BUKIT KOTA, dan di abad-abad kemudian berkahwin juga dengan saudara-mara SRI MAHARAJA PERBA@MAHARAJA PERBA JELAI.

Generasi baru boleh mengesan nama-nama berikut yang pernah hidup di BUKIT KOTA dengan bertanya kepada generasi lama yang masih hidup. Sebahagian warisan mereka mungkin masih bermastautin di BUKIT KOTA, manakala sebahagian lain mungkin berhijrah ke tempat lain. Wallahualam.

SIAK PERANG
TOK MUKIM LELA
TOK MUKIM KASSIM
TOK MERU
TOK MUKIM ADAM
TOK MUDA WAN AHMAD
TOK PAWANG AKIB
HJ. SIDEK (BUGIS)
TOK MUKIM YUSOF
WAHID BIN AWANG
AWANG BUGIS
KHATIB ALI
AWANG DIUNG
TOK 4 AWANG DAHAN
TOK KHATIB DERIS
LEBAI SAHAK
IMAM ARSHAD
TOK SIAK HUSSEIN BIN MERU
TOK 4 HAMZAH BIN HUSSEIN

KEEMPAT :
Warisan keturunan yang berhijrah ke BUKIT KOTA atas pelbagai sebab : bekerja dI bawah MAHARAJA PERBA JELAI, mencari rezeki, mencari perlindungan dsbnya.

KELIMA :
Warisan keturunan yang berhijrah ke BUKIT KOTA yang membuka kawasan baru untuk dibuat petempatan atas kebenaran MAHARAJA PERBA JELAI. 

Disebabkan BUKIT KOTA bukan merupakan petempatan yang cukup luas untuk menampung jumlah penduduk yang sentiasa berkembang, maka sebahagian besar keluarga daripada 5 keturunan ini berhijrah ke luar dari BUKIT KOTA ke tempat-tempat lain dalam DAERAH LIPIS, malah ke luar NEGERI PAHANG. 

Justeru, kini BUKIT KOTA masih terus dihuni oleh MASYARAKAT MELAYU warisan zaman silam meskipun sebahagian mereka tidak lagi dapat menghuraikan susur galur nenek-moyang mereka yang asal.  Namun, apa yang pasti, kini sebahagian besar mereka telah menjadi keluarga besar hasil perkahwinan, dan persemendaan yang berterusan dari semasa ke semasa. 

Wassalam