Sunday 6 April 2014

BUKIT KOTA : PUSAT PEMERINTAHAN MAHARAJA PERBA JELAI DI ULU PAHANG ZAMAN TRADISIONAL

BUKIT KOTA adalah PUSAT PEMERINTAHAN MAHARAJA PERBA JELAI  di ULU PAHANG di ZAMAN POLITIK TRADISIONAL PAHANG sehingga BRITISH mentadbir Pahang (1888M).  Kedudukan TAPAK KEDIAMAN ORANG BESAR JELAI itu di MUARA SG. TANUM amatlah strategik kerana muara ini menjadi PUSAT PUNGUTAN CUKAI bagi rakyat jelata yang hendak ke ULU JELAI, ke HILIR PAHANG, dan ke KELANTAN melalui SG. TANUM.  

Landskap kawasan KEDIAMAN MAHARAJA PERBA JELAI di muara Sg. Tanum cukup tinggi, tidak mudah dibanjiri air, malah sukar ditawan oleh musuh, dan mudah melihat kawasan sekitar yang lebih rendah.

MUARA SG. TANUM juga menjadi terminal penting MAHARAJA PERBA JELAI di mana PERAHU KAJANG MAGONG (PERAHU BESAR) milik MAHARAJA PERBA JELAI ditempatkan berfungsi sebagai kenderaan utama ketika itu. SG. JELAI dan SG PAHANG menjadi lebuhraya utama di zaman tradisional.

SG. TANUM turut menjadi penting bagi MAHARAJA PERBA JELAI kerana ia menjadi sumber rezeki yang utama.  Di Sg. Tanum inilah MAHARAJA PERBA JELAI dan PARA PENGIKUTnya mendapatkan sumber rezeki harian seperti HASIL HUTAN dan HASIL SUNGAI.  Malah ketika itu, EMAS juga amat mudah diperolehi di SG. TANUM.   

Pada zaman itu, KEDIAMAN MAHARAJA PERBA JELAI dikawal rapi oleh PARA PENGAWAL lengkap dengan pakaian dan senjata.

TIGA PUCOK MERIAM ditempatkan di hadapan KEDIAMAN MAHARAJA PERBA JELAI sebagai tanda kebesaran ORANG BESAR BEREMPAT PAHANG - ULU PAHANG itu.

Kebesaran ORANG BESAR BEREMPAT PAHANG - ULU PAHANG juga ditandai oleh BENDERA HITAM BERMOTIFKAN BURUNG MERPATI.


                                FOTO 3

WASSALAM                                             

No comments:

Post a Comment