Sunday, 7 February 2016

BUKIT MAKAM - BUKIT KOTA

BUKIT MAKAM ialah Tanah Perkuburan Orang Islam yang dipercayai wujud sezaman dengan kehadiran terawal orang Islam di BUKIT KOTA sekitar tahun 1600M atau lebih awal sedikit.  BUKIT MAKAM ini masih diguna pakai oleh komuniti Bukit Kota sekarang.
 
BUKIT MAKAM ini dipercayai mula digunakan apabila BUKIT KOTA mula dibuka dan menjadi petempatan Melayu sebaik sahaja Sri Maharaja Perba III - (Engku) Wan Ismail@Wan Sarah bin (Engku) Wan Muhamad - membuka Bukit Kota dan membuat kediaman.

               
                                        

FOTO 1 :                                  
MAKAM SRI MAHARAJA PERBAa
WAN ISMAIL@WAN SARAH - ALFATIHAH
(SRI MAHARAJA PERBA KE-3)
KEMBALI KE RAHMATULLAH -  1699M

Makam ini berada di lokasi PALING KEMUNCAK di BUKIT MAKAM ini.




                                        





FOTO 2 :                                   
MAKAM DATO' MAHARAJA PERBA JELAI
WAN IDRIS DATO' WAN MUHAMMAD (OKIMPJ KE-5) 
- ALFATIHAH
KEMBALI KE RAHMATULLAH -  1882M














FOTO 3 :                                   
MAKAM DATO' MAHARAJA PERBA JELAI
WAN MUHAMMAD DATO' WAN IDRIS (OKIMPJ KE-6) 
- ALFATIHAH
KEMBALI KE RAHMATULLAH -  1919M








FOTO 4 :                                   
MAKAM DATO' MAHARAJA PERBA JELAI
WAN CHIK DATO' WAN MUHAMMAD (OKIMPJ KE-7) 
- ALFATIHAH
KEMBALI KE RAHMATULLAH - 1919
ASSALAM

PENGENALAN

Salam - Selamat Tahun Baru 2016 - Salam 1 Malaysia

WARISAN SRI KOTA merupakan blog pelbagai informasi mengenai BUKIT KOTA - KUALA LIPIS (PAHANG).    

BUKIT KOTA merupakan salah satu KAWASAN WARISAN SEJARAH yang agak tua di ULU PAHANG kerana kewujudannya sebagai petempatan MASYARAKAT MELAYU diperkirakan seawal abad ke-17M (1600M) atau lebih awal lagi meskipun ketika itu jumlah masyarakat Melayu masih kecil berbanding masyarakat orang Asli. 

Sebelum 1600M - Penghuni BUKIT KOTA dan persekitarannya terdiri daripada daripada MASYARAKAT ORANG ASLI SENOI - SUBETNIK SEMAI

WARISAN SRI KOTA amat mengalu-alukan apa-apa info sejarah yang boleh membantu melengkap informasi blog ini.

WASSALAM

BUKIT KOTA KAWASAN WARISAN SEJARAH

  • Di zaman tradisional, BUKIT KOTA merupakan PUSAT PEMERINTAHAN ELIT TRADISIONAL MELAYU PAHANG dengan gelaran SRI MAHARAJA PERBA@MAHARAJA PERBA atau kemudiannya dikenali sebagai ORANG KAYA INDERA MAHARAJA PERBA JELAI atau ringkasnya TO' RAJA (ORANG BESAR BEREMPAT PAHANG - ULU PAHANG) sejak institusi ini wujud sekitar tahun 1592M (Zaman pemerintahan SULTAN ABDUL GHAFUR MUHIYUDDIN SHAH (Sultan Pahang XII, 1502-1614M - keturunan langsung Raja Melaka).
  • BUKIT KOTA menyimpan KHAZANAH TAMADUN MELAYU berusia sekitar 400 tahun yang lalu sejak SRI MAHARAJA PERBA KE-3 mendirikan pusat pemerintahannya di sini sekitar tahun 1600M atau lebih awal dari tarikh ini.
  • DI KAWASAN BUKIT KOTA ini terdapat ELEMEN-ELEMEN SEJARAH seperti :
         (1)   MUARA SG TANUM
                 (Terminal Persinggahan Rakyat Jelata dari ulu Sg. Jelai dan dari hilir Sg. Jelai
                 di Zaman Tradisional).
         (2)   TAPAK KEDIAMAN MAHARAJA PERBA JELAI
         (3)   MASJID BUKIT MAKAM
         (4)   BUKIT MAKAM
         (5)   ASAL USUL KETURUNAN MAHARAJA PERBA JELAI
         (6)   ASAL USUL KETURUNAN PEMASTAUTIN SEKARANG
         (7)   KEBUDAYAAN MASYARAKAT TEMPATAN
         (8)   TAPAK SEKOLAH PONDOK PENGAJIAN AL-QURAN
         (9)   MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN SRI KOTA 
  • BUKIT KOTA mempunyai khazanah zaman silam yang tidak terniali.
"Bukit Kota Kawasan Warisan Sejarah".

WASSALAM

MASJID BUKIT MAKAM (1600M)

Foto di bawah ialah MASJID BUKIT MAKAM yang kita dapat saksikan pada 1 JANUARI, 2014.



Masjid Bukit Makam dipercayai didirikan sebaik sahaja SRI MAHARAJA PERBA@MAHARAJA PERBA III - WAN ISMAIL@WAN SARAH membuka dan membuat kediaman di Bukit Kota sekitar tahun 1600M.   Sejak tarikh itu, komuniti Bukit Kota semakin berkembang.  
 
MASJID BUKIT MAKAM ini telah mengalami perubahan dari segi struktur dan fizikal beberapa kali sejak ia didirikan di situ sewal-awalnya sekitar tahun 1882M.

MASJID BUKIT MAKAM yang terawal menurut sumber lisan terletak di PUNCAK BUKIT MAKAM kerana di puncak bukit ini masih terdapat ruang kosong yang tidak dijadikan makam.   

Adalah dipercayai sewaktu Dato' (Engku) WAN IDRIS BIN WAN MUHAMMAD (OKIMPJ KE-5) kembali ke rahmatullah (1882M) - MASJID ASAL BUKIT MAKAM itu sudah begitu uzur, dan perlu dipindah ke bawah sedikit - yakni di lokasi MASJID MAKAM sekarang.

Wallahualam

AKSES LALUAN KE BUKIT KOTA - LIPIS

FOTO 1 :
AKSES LALUAN KE BUKIT KOTA
(JAMBATAN MERENTANGI SG. JELAI MENGHUBUNGI BUKIT BETONG-BUKIT KOTA)



FOTO 1 - JAMBATAN yang merentangi SG. JELAI ini menghubungkan BUKIT BETONG-BUKIT KOTA.

FOTO  2
AKSES LALUAN BUKIT KOTA KE AUR GADING

FOTO 2 - AKSES LALUAN BUKIT KOTA - "GATE-WAY" ke AUR GADING, seterusnya menuju GUA MUSANG, dan selanjutnya ke KELANTAN. 


FOTO  3 :
AKSES LALUAN BUKIT KOTA KE BUKIT BETONG - JAMBATAN KERETAPI


FOTO 3 - AKSES LALUAN MELALUI JAMBATAN KERETAPI - sebelum ada akses laluan melalui jalan raya. 

Lokasi BUKIT KOTA kira-kira 15km menghala ke utara dari Bandar Kuala Lipis - Pahang melalui jalanraya atau laluan keretapi.  Anda perlu berhenti dan melalui BUKIT BETONG terlebih dahulu sebelum akses ke BUKIT KOTA.


Wassalam